Dalam merekabentuk semua bangunan termasuklah
rumah kediaman, antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah
keperluan undang-undang bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna itu
sendiri. Mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984), berikut
dikongsikan luas minimum bagi bilik-bilik dalam bangunan kediaman:-
- Bilik Tidur
- Luas bilik kediaman yang pertama (kebiasaannya dirujuk kepada bilik tidur utama) hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi.
- Luas bilik yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi.
- Luas bilik-bilik lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
- Lebar setiap bilik tersebut hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.
- Tinggi setiap bilik hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.
- Dapur
- Luas dapur hendaklah tidak kurang daripada 4.5 meter persegi.
- Lebar dapur hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter.
- Tinggi dapur hendaklah tidak kurang daripada 2.25 meter.
- Tandas & Bilik Mandi
- Saiz tandas hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter x 0.75 meter
- Saiz bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
- Saiz bilik mandi beserta tandas hendaklah tidak kurang daripada 2 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
- Tinggi tandas atau bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.
(Rujukan: Undang-undang
Kecil Bangunan Seragam 1984, (Perkara 42-44)
Jika anda telah mengupah seseorang untuk
melukis pelan rumah idaman anda, pastikan perkara-perkara di atas di ambil kira
bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anda. Layari www.rekabentukrumah.com jika anda
inginkan pelan rumah idaman anda dengan pilihan rekabentuk yang menarik yang
dapat disesuaikan dengan keluasan tanah yang anda miliki.
No comments:
Post a Comment