Sunday 10 June 2012

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Pelan Rumah Sebelum Membina Rumah Idaman Anda!


Pelan rumah sangat diperlukan sebelum anda membina rumah idaman anda. Tanpa pelan rumah, agak mustahil bagi pihak kontraktor untuk membina rumah idaman anda sebagaimana yang anda inginkan. Berikut dikongsikan 5 sebab kenapa anda perlukan pelan rumah sebelum membina rumah idaman anda:-
 
1)  Bagi memudahkan anda membuat anggaran kasar dan anggaran terperinci kos awal pembinaan rumah  idaman anda sebelum anda melantik kontraktor bagi membina rumah idaman anda
Anda boleh mendapatkan anggaran kasar samada dengan melakukan pengiraan sendiri ataupun melantik perunding jurukur bahan di tempat anda.

2)  Bagi memudahkan anda mendapatkan pelan struktur, lukisan mekanikal dan elektrikal rekabentuk rumah idaman anda daripada perunding C&S (Civil & Structure) atau M & E (Mechanical & Electrical).    
Pelan rekabentuk rumah yang lengkap (dalam format AUTOCAD) membolehkan pelan atau lukisan berkaitan yang lain seperti lukisan struktur, lukisan paip, lukisan elektrikal dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah daripada perunding yang berkaitan. Ini juga penting bagi mengelakkan terjadinya masalah semasa tempoh pembinaan nanti.

3)  Penjimatan dari segi kos & masa pembinaan.         
Perincian dari segi kuantiti bahan dan tempoh masa pembinan yang diperlukan dapat dilakukan dengan teratur dan terperinci berdasarkan pelan yang lengkap sekaligus dapat menjimatkan kos dan masa pembinaan. Kos diluar jangkaan akibat komunikasi yang tidak jelas juga dapat dikurangkanSkop kerja kontraktor juga dapat dikawal agar tiada pertambahan kos sebagaimana perjanjian asal mengikut pelan rekabentuk rumah yang lengkap yang anda bekalkan kepada pihak kontraktor.                                                

4)  Bagi memudahkan pemilihan kemasan, perabot kekal dan kelengkapan bilik air yang bersesuaian.          
Di dalam pasaran hari ini, terdapat pelbagai bahan dan jenis kemasan serta kelengkapan bilik air dalam saiz yang berbeza-beza. Dengan adanya pelan rekabentuk rumah yang lengkap, ianya memudahkan anda membuat pilihan kemasan, perabot dan kelengkapan bilik air yang sesuai.

5)  Bagi memudahkan komunikasi sebelum, semasa dan selepas pembinaan.           
Sebelum pembinaan, pelan rekabentuk yang lengkap memudahkan anda berbincang sesama ahli keluarga. Semasa pembinaan, ianya memudahkan anda, kontraktor, sub-kontraktor dan pihak specialist (pembuat pintu jeriji, pintu, tingkap dan sebagainya) berkomunikasi antara satu sama lainSelepas pembinaan, ianya membantu anda berkomunikasi dengan kontraktor baru sekiranya anda berniat untuk melakukan pembesaran ke atas rumah tersebut.

Jadi, dapatkan pelan rumah anda sebelum anda membina rumah idaman anda.  

"Ketahuilah, pelaburan untuk membina dan memiliki rumah hanya dilakukan sekali seumur hidup oleh kebanyakkan orang di seluruh dunia!"

No comments:

Post a Comment